“Saya diet selama dua minggu dan yang hilang hanyalah dua minggu.”

Ayat ‘Sarcastic’ begini mesti akan muncul kalau dah kecewa. Kalau berdiet, berat turunnya sikit. Kemudian menyerah kalah, berat terus naik mencanak dua kali ganda.

Selepas gagal kita akan mencuba diet ‘in-trend’  beberapa selebriti (mungkin diet itu berkesan untuk mereka, jadi sepatutnya berkesan lah juga untuk saya, bukan?), dan kitaran gagal itu berulang lagi.

Jika anda mahukan penurunan berat badan yang berkekalan dan kekal sihat , hanya satu perkara yang perlu anda sasarkan: LEMAK.

Berat Lemak yang anda mahu turunkan.

“Bagaimanapun, masalahnya kebanyakan program diet tidak bermatlamat untuk membakar lemak, tetapi membakar otot dan air.”

Selalunya, anda perlu menghabiskan berjam-jam di gimnasium melakukan senaman yang ketat, sambil meminimumkan pengambilan kalori anda. Menurut kajian, itu sendiri boleh menjadi satu cabaran.

Kenapa?

Kerana otot diperlukan untuk membakar lemak. Otot anda sendiri yang menjana metabolisme anda.

Jumlah kalori yang anda bakar bergantung pada otot tersebut. Jadi apabila anda kehilangan otot, metabolisme anda berkurangan, dan seterusnya, badan anda juga menjadi kurang mampu untuk membakar lemak.

Tambahan lagi, jika anda makan sangat sedikit kalori, badan anda cenderung untuk pergi ke mode pertahanan dan ada tukaran ganti.

Maksudnya?

Ia melambatkan metabolisme anda supaya badan anda membakar lebih sedikit kalori. Kemudian, penurunan berat badan cenderung menjadi sangat perlahan. Sangat bertentangan, bukan?

Sebaik sahaja anda berhenti berdiet, berat badan anda akan kembali ke asal malah biasanya berat akan meningkat lebih banyak daripada berat yang anda hilang. Kitaran bergerak berterusan begini seperti yo-yo.

Malah, kajian Universiti Tufts 2007 mendedahkan bahawa diet rendah kalori menghasilkan penurunan berat badan sementara dan sederhana (kira-kira 10 paun) dalam tempoh enam bulan, yang juga berat badan meningkat semula dalam tempoh setahun. Malah, sehingga 80 peratus daripada semua pengamal diet tersebut, kembali semula ke berat badan asal dalam masa dua tahun sahaja! Bagaimanakah anda ingin menghentikan kitaran itu untuk selamanya?

Mula Bakar Lemak Dan Ubah Kehidupan Anda

Kebanyakan program diet terlalu tidak realistik, terlalu rumit, dan terlalu mahal untuk dikekalkan untuk orang awam.

Ribuan dibelanjakan untuk peralatan gim atau keahlian yang mahal setiap bulan. Bersenam itu perlu tetapi kebanyakannya tertumpu pada penurunan berat badan dengan cepat. Hakikat sebenarnya, anda mungkin kehilangan air dan otot!

Berita baik, terdapat program untuk membantu anda memutuskan kitaran diet yo-yo untuk menjadi lebih sihat dan cergas sepanjang hayat.

Shaklee membawakan program pengurusan berat badan melalui Set Hello New You yang direka khas untuk memutuskan rantaian diet yo-yo yang mengecewakan. Set ini merupakan produk khusus yang target terus kepada pembakaran lemak yang sangat lazat juga berfungsi penggantian makanan yang lengkap (meal replacement).

NUTRIEN PENTING MEMBANTU BENTUK TUBUH BADAN

#1-Leusina

Membakar Lemak dan Membina Otot Dengan Cekap

-Leusina membantu membakar lemak tanpa kesan yo-yo.

-Leusina membantu membina dan mengekalkan otot tanpa lemak untuk berat badan yang lebih sihat dan badan yang langsing.

-Merapatkan jurang nutrisi.

-Mengurangkan rasa lapar.

#2-Lesitin

Memecahkan Lemak Degil

-Mempercepatkan proses pemecahan lemak.

-Mencegah daripada pengumpulan lemak di dalam hati, dan menyingkirkan toksin daripada hati.

#3-Asid Lemak Omega-3

Meningkatkan Kadar Metabolik

-Meningkatkan kadar metabolik dan mempercepatkan proses pembakaran lemak.

-Meningkatkan kesensitifan insulin tubuh untuk mengawal selia simpanan lemak.

#4-Daun Senna

Membersih dan Menyelaras Semula

-Laksatif semula jadi untuk meningkatkan kekerapan pergerakan usus.

-Membantu menyingkirkan toksin daripada badan.

SELAMAT. BERKESAN. SEMULAJADI.

#1-Cinch Shake ( Bakar dan Bina)

-Manfaat dari satu hidangan penuh yang dibawakan dalam bentuk minuman yang lazat dan berkhasiat.

-Ditambah dengan Leusina untuk pengurusan berat badan secara sihat.

-Mengandungi 20 jenis vitamin dan mineral penting.

#2-Lesithin (Pembakar Lemak Semulajadi)

-Pengemulsi daripada sumber semula jadi kacang soya.

#3-OmegaGuard (Meningkatkan Kadar Metabolik)

-Membekalkan asid lemak penting omega 3 bergred farmaseutikal yang berspektrum luas.

-Dihasilkan melalui proses penyulingan molekul proprietari tiga peringkat.

#4-Herb-Lax (Pencernaan dan Pembersihan Yang Lebih Baik)

-Dipertingkatkan dengan campuran proprietari termasuk daun senna yang digunakan secara tradisional sebagai laksatif semulajadi.

-Menggalakkan pergerakan usus untuk membantu proses semulajadi tubuh badan.