Jika anda menghadapi masalah mengurangkan berat badan berlebihan atau mengekalkan berat badan ideal anda, anda harus menjangkakan ia akan menjadi lebih sukar menjelang musim perayaan.

Mungkin sudah menjadi budaya rakyat  Malaysia setiap kali musim Hari Raya wajib adakan rumah terbuka (open house).  Sebulan Syawal maka ‘raya’ pun turut sebulan. Setiap minggu padat dengan jadual ‘Hari Raya Open House’.

Majlis rumah terbuka  bagus untuk mengerat silaturrahim tetapi kuranglah meriah tanpa pelbagai makanan yang sedap disertai dengan minuman manis.

Tuan rumah menjemput, kita perlu hadir untuk menghargai jemputan, anda boleh menggunakan beberapa tips berikut untuk memastikan anda boleh kekal sihat tanpa menghalang diri anda daripada menikmati keceriaan majlis rumah terbuka keluarga dan sahabat handai.

AMALKAN TABIAT MAKAN SIHAT UNTUK HIDUP SIHAT LEBIH LAMA

Sekarang semakin ramai punya kesedaran tentang kesihatan dan mula menjalani program diet  dan protokol pemakanan tertentu.

Jangan panik atau risau jika anda di jemput ke rumah terbuka.

Boleh cuba tips ini:

1. Tetap pada Jadual Makan Kebiasaan Anda

Makan hampir dengan waktu biasa anda untuk memastikan gula dalam darah anda stabil.

Jika jamuan itu di hidangkan lewat daripada biasa, makan sedikit snek pada waktu makan biasa anda dan makan sedikit apabila makan malam dihidangkan.

2. Bijak mengatur hidangan yang perlu di ambil

– Sediakan sepinggan kecil makanan yang paling anda sukai dan kemudian terus berlalu dari meja hidangan.

– Mulakan dengan sayur-sayuran untuk lebih rasa kenyang dan mengurangkan selera makan anda.

– Makan perlahan-lahan. Sains membuktikan ianya mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk otak anda menyedari anda sudah kenyang. Bagi masyarakat beragama Islam Rasulullah S.A.W berpesan

“Berhenti makan sebelum kenyang’.

3. Kekal Aktif

Jika seharian terpaksa menghadiri rumah terbuka lebih dari sebuah rumah, tak mustahil anda akan terlebih makan tanpa sedar.

Pastikan anda kekal aktif walaupun dalam keadaan cuaca yang kurang ideal(cuaca Malaysia yang sangat panas).

Sesuaikan aktiviti mengikut cuaca. Usahakan jadual senaman sebelum ke rumah terbuka seterusnya.

4. Atur Tidur Anda Sebagus Mungkin Zzz

Trend hari ini, ‘open house’ pun ada di jadualkan malam sehingga ke lewat malam. Waktu tidur juga sangat tinggi kemungkinan sedit lewat dari biasa.

Kurangnya kualiti tidur boleh menyukarkan anda untuk mengawal gula dalam darah. Apabila anda kurang tidur, anda akan cenderung untuk makan lebih banyak, lebih suka makanan tinggi lemak, tinggi karbohidrat dan tinggi gula.

Tidur secukupnya selama 7 hingga 8 jam setiap malam untuk mengelakkan daripada fikirkan soal makan dan makan lewat malam.

5. Amalkan Program Berat Badan Sihat

Di samping aktiviti senaman tambahkan juga dengan program  ‘Meal Replacement’ seperti Set Hello New You untuk mengimbangi lebihan kalori semasa perayaan dan rumah terbuka.

SET HELLO NEW YOU

Program ini telah terbukti secara klinikal dapat membantu orang ramai mengurangkan berat badan dan mengekalkannya secara ideal.

Program ini juga termasuk panduan langkah demi langkah untuk membantu anda bermula dan akses dalam talian kepada alatan sokongan, resepi sihat, rancangan pemakanan, program senaman dan maklumat gaya hidup.

Tonton video ini untuk mengetahui lebih lanjut:

Sains Di Sebalik Set Hello New You Shaklee

PELAN PEMAKANAN SIHAT DARIPADA TUAN RUMAH

Tuan rumah terbuka harus cakna bahawa ramai yang cuba untuk kuruskan badan dan jaga pemakanan.

Jaga sensitiviti tetamu yang cuba kekal cergas. Anda boleh menyediakan jamuan yang sihat dan lazat tetapi tetap menarik.

Berikut adalah beberapa tips:

1. Jadikan Makanan Anda Berwarna-warni

Kita semua mesti suka hias rumah berwarna warni setiap kali Hari Raya kan? Kali ini cuba hias meja makan anda dengan cara yang sama.

Buah-buahan dan sayur-sayuran akan menambah rasa, warna dan nutrien pada menu raya kita. Serat yang banyak boleh membantu tetamu anda berasa kenyang lebih lama supaya mereka boleh mengelakkan godaan untuk makan berlebihan.

2. Belajar Seni Penggantian

Cakna resepi anda yang bakal di hidangkan. Pastikan tahu  di mana lebihan kalori, natrium, lemak tepu dan gula tambahan tersembunyi dalam makanan dan minuman. Sekarang tidak sukar untuk cari dan gantikan bahan alternatif yang lebih sihat sebagai penyedap makanan.

Sebagai contoh:

– Gantikan sos epal dengan separuh minyak yang diperlukan dalam resipi kek dan brownies untuk meminimumkan kalori tanpa kehilangan rasa atau tekstur.

– Pilih tepung bebas gluten

– Cuba herba dan rempah segar dan bukannya herba berasaskan garam dan garam untuk mengurangkan kandungan natrium dan menambah rasa baru pada makanan anda.

– Gunakan yogurt tanpa lemak dan bukannya krim masam untuk mengurangkan kalori dan lemak tepu.

3. Sediakan Pinggan Lebih Kecil Dan Bekas Yang Lebih Tinggi Dan Kurus

Dalam satu kajian yang dijalankan di Makmal Makanan dan Jenama di Universiti Cornell, pakar pemakanan menghidangkan diri mereka sendiri 31 peratus lebih banyak aiskrim apabila menggunakan mangkuk besar berbanding mangkuk yang lebih kecil.

Anda boleh menguruskan saiz porsi untuk tetamu anda dengan hanya memilih pinggan mangkuk yang betul.

4. Sediakan Hidangan Berkalori Tinggi dengan Bijak

Pilih menu berkalori tetapi sangat tinggi nutrisinya. Menu perlu yang benar-benar istimewa dan unik, seperti bahan dari ubi manis, tinggi minyak ikan, kekacang, telur asalkan rendah karbohidrat.

Dengan menggunakan semua tips dan cadangan di atas, anda boleh menghadiri atau menganjurkan rumah terbuka yang menyeronokkan dan mengenyangkan sambil mengekalkan diet yang sihat.

Nikmatilah Hari Raya Open House Dengan Penuh Keceriaan Tanpa Ganggu Program Diet Anda!

#NextLevelBlogging       #ShakleeTriumph2023       #ShakleeThrive2023       #BlogMegaShaklee2023