Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, terima kasih sudi melawat blog kami.

Tahun ni meriahnya raya sana sini. Saya beraya di perantauan, tetap meriah dengan cara kami.

Jadi, saya tumpang kemeriahan dengan meronda-ronda ke alam maya, facebook dan instagram, rata-rata dapat balik kampung. Seronoknya!

Paling saya suka lihat pakaian sedondon satu famili, juadah hari raya la yang paling mengancam. Kecur air liur dibuatnya.

Selepas sebulan berpuasa kita mesti ada rasa nak balas dendam nak cuba semua menu juadah kan?

Jarang raya jika takda kuih muih manis, berlemak, berminyak, dan air manis-manis. Kita tak boleh kawal tuan rumah untuk hidang apa yang boleh apa yang tidak boleh kan?

Cuma terpulang kepada kita bagaimana diri sendiri kawal apa yang sesuai di makan sehingga tidak memudaratkan kesihatan untuk kesan jangka pendek atau jangka panjang.

KOLESTROL

Musuh utama kita samada musim perayaan atau tidak ialah KOLESTROL, terutamanya kolestrol jahat. Mungkin kebanyakan dari kita tidak merasakan apa-apa simptom tetapi tidak bermakna tiada penyakit.

Satu daripada tiga individu berusia 30 tahun ke atas juga berisiko mendapat penyakit jantung

-Datuk Seri Dr. Azhari Rosman

Pakar Perunding Kanan Kardiologi  Institusi Jantung Negara

Kolestrol tinggi antara penyebab utama penyakit Jantung, Hipertensi, dan Stroke. Sebenarnya kolestrol hanya membawa masalah apabila mula menempel dan menyempitkan dinding saluran.

Serangan Jantung berlaku kerana penompokan lemak di dinding arteri.

Hipertensi pula kerana penyempitan dan kakunya dinding pembuluh darah akibat daripada penempelan kolestrol yang tubal.

Berlakunya Stroke adalah kerana aliran darah ke otak tersumbat akibat penempelan kolestrol.

Kadar kematian mengejut dalam kalangan orang muda dan dewasa di Malaysia sebenarnya tak banyak berbeza jumlahnya berbanding kadar sebelum pandemik.

Kebiasaannya penyakit jantung dikaitkan individu berumur lebih daripada 45 atau 50 tahun adalah berkaitan penyakit empat serangkai, iaitu darah tinggi, kencing manis, tabiat merokok  dan kolestrol.

Daripada empat serangkai ini, paling kerap menyebabkan serangan jantung membabitkan orang muda adalah tabiat merokok dan kadar kolestrol yang tinggi, ia turut boleh menyebabkan salur darah tersumbat.

-Dr Onn Akbar Ali

Pakar Jantung Hospital Pakar KPJ Kajang

Namun, tubuh kita terdapat kolestrol baik dan kolestrol jahat.

Kolestrol baik dikenali sebagai Kolestrol HDL (High Density Lipoprotein) atau lemak baik. Manakala kolestrol jahat disebut sebagai Kolestrol LDL (Low Density Lipoprotein) atau lemak jahat.

Kolestrol HDL berfungsi menghalang penyumbatan arteri manakala kolestrol LDL berpotensi menyebabkan arteri tersumbat dengan lemak pada dindingnya. Seharusnya kedua-dua kolestrol ini perlu seimbang.

Tips Pemakanan Sihat Di Hari Raya

Rugi rasanya sebulan kita berpuasa seharian dan jaga pemakanan, menjelang raya perut kita terkejut dengan pelbagai makanan bercampur aduk.

MAKAN BOLEH TAPI PERLU BERPADA-PADA

Amalkan gaya pemakanan yang sihat sepanjang musim perayaan. Sekurang-kurangnya tahap kolestrol dalam darah tidak mencanak naik dan berlaku perkara yang tidak diingini sewaktu kita beraya dan gembira di samping keluarga tersayang.

#1) Ambil sarapan pagi dalam jumlah yang kecil.

#2) Sediakan makanan secukupnya mengikut jumlah ahli keluarga.

#3) Kawal saiz hidangan setiap kali makan.

#4) Elakkan atau kurangkan minum air bergas, kordial, dan manis.

#5) Makan secara perlahan-perlahan atau tidak perlu tergesa-gesa.

#6) Kurangkan atau gantikan kerepek, gula-gula, manisan dengan buah-buahan segar dan kering.

#NextLevelBlogging       #ShakleeTriumph2023       #ShakleeThrive2023       #BlogMegaShaklee2023