Rakyat Malaysia semakin cakna kesihatan dan dah tahu cara diet ‘Intermittent Fasting’. Ramai juga berjaya menurunkan berat badan dengan cara ini malah boleh ’Reverse’ masalah kesihatan antaranya kanser dan penyakit autoimmune. Alhamdulillah, saya sendiri pun pernah diet dengan kaedah berpuasa secara berkala (IF=Intermittent Fasting) + diet ketogenik + vitamin Shaklee yang dijalankan secara serentak.
IF + keto diet + vitamin Shaklee
Hasilnya sangat memberangsangkan dan saya berpuas hati. Selepas 4 minggu, saya berjaya:
- menurunkan berat badan sebanyak 6 kilogram
- menurunkan surut bengkak Tyroid
- lenguh tangan kiri selama berbulan( akibat tyroid) hilang
- Lebih cergas
Tetapi 1 perkara yang saya terlepas pandang iaitu kesan sampingan jika berpuasa sehingga mencapai tahap Autophagy. Di sini saya akan terangkan.
TINDAK BALAS BADAN KETIKA PUASA PENDEK DAN PUASA PANJANG
1. 12 Jam Berpuasa – Ketosis
Selpas 12 jam berpuasa, badan akan memasuki fasa Ketosis. Pada keadaan ini badan akan mula mengurai dan membakar lemak. Sebahagian lemak digunakan oleh hati untuk mengeluarkan ketones body (ketones)
Ketones akan digunakan sebagai alternatif sumber tenaga yang disalurkan kepada jantung dan otak. Penggunakan ketones sebagai sumber tenaga oleh otak menjelaskan mengapa IF menghasilkan mental jelas, tajam dan mod yang baik. Ketons mengeluarkan sangat sedikit keradangan berbanding jika badan menggunakan glukosa sebagai bahan tenaga bakar.
2. 18 Jam Berpuasa – Heavy Ketosis
Selepas 18 jam, badan berada dalam mod lebih aktif membakar lemak dan menghasilkan lebih banyak ketones. Paras ketones yang meningkat dalam darah, memberi isyarat kepada molekul, termasuk hormon untuk memberitahu badan suapaya mempertingkatkan tekanan bagi memberikan laluan untuk badan mengurangkan keradangan dan memperbaiki DNA yang rosak
3. 24 Jam Berpuasa – Autophagy
Dalam tempoh 24 jam, sel badan akan meningkatkan pengkitaran semula komponen badan yang lama dan memecahkan protein rosak yang berkaitan (menyebabkan) penyakit Azlheimer, Dimentia dan sebagainya.
Autophagi adalah proses penting untuk meremajakan sel dan tisu yang termasuk menghilangkan sel rosak dan protein tidak berfungsi. Semakin manusia tua, badan semakin kurang menghasilkan autophagi dan ini akan menyebabkan penyakit neurodegenaratif seperti penuaan. Puasa panjang akan mengaktifkan dan menghasilkan lebih banyak proses autophagi.
4. 48 Jam Berpuasa – Peak GH
Pada Ketika ini, hormone Pertumbuhan (HGH)meningkat 5 kali ganda daripada ketika kita memulakan puasa. Keadaan ini disebabkan oleh meningkatnya ketons dalam badan yang menambah rembesan Hormon Pertumbuhan (HGH) terutama di otak. Hormon Kelaparan (Ghrelin) juga mempertingkakan rembesan hormon GH. HGH membantu mengekalkan jisim otot tanpa lemak dan mengurangkan pengumpulan tisu lemak yang biasa terjadi apabila kita semakin tua. HGH juga memanjangkan umur dan meningkatkan proses penyembuhan luka dan kesihatan karidovaskular.
5. 54 Jam Berpuasa – Minimum Insulin
Menjelang 54 jam, insulin akan berapa pada tahap terendah dan badan semakin sensitive terhadapnya. Tahap insulin yang rendah akan mengurangkan keradangan terutama kepada pesakit diabetis. Ianya juga melindungi kita daripada penyakit kronik penuaan termasuk barah.
6. 72 Jam Berpuasa –Immune Regeneration
Menjelang 72 jam, badan anda memecah sel-sel imun lama dan menghasilkan sel-sel baru. Insulin akan semakin sensitive dan hormon pertumbuhan hampir berada dalam setiap sel badan yang akan mempromosikan kelangsungan hidup, yakni memanjangkan umur dan pertumbuhan sel. Kajian terhadap tikus yang berpuasa melebihi 48 jam menunjukkan puasa berpanjangan meningkatkan ketahanan badan, pembaharuan sel dan pertumbuhan semula sel stem darah merah. Puasa panjang melebihi 72 jam meniru mekanisma yang sama dengan mengekalkan jumlah sel darah putih atau limfosit yang sihat kepada pesakit yang menjalani kemoterapi.
KEBAIKAN AUTOPHAGY DALAM BERPUASA
Konsep Autophagy adalah menjadikan tubuh lapar. Ketika tubuh seseorang lapar, maka sel-sel tubuhnya pun ikut lapar. Sel-sel yang lapar ini akan memakan sel-sel dirinya yang sudah tidak berguna lagi atau sel-sel yang telah rosak atau sel mati, agar tidak menjadi sampah dalam tubuh. Dengan demikian sel-sel mati ini tidak akan menghasilkan sesuatu yang boleh membahayakan tubuh. Jadi, tubuh orang yang berpuasa akan membersihkan dirinya sendiri.
Perkataan autophagy berasal daripada perkataan Yunani auto-, yang bermaksud “diri”, dan phagein, yang bermaksud “makan”. Oleh itu, autophagy boleh di sebut “makan diri sendiri”
Ilmuwan bernama Yoshinori Ohsumi telah membuktikan dan menemukan bahawa ketika seseorang lapar (PUASA) dalam jangka waktu tidak kurang dari 8 jam dan tidak lebih dari 16 jam, maka tubuh akan membentuk protein khusus di seluruh tubuh yang disebut *autophagisom*…
*Autophagisom* tersebut boleh diandaikan sebagai suatu penyapu raksasa yang mengumpulkan sel-sel mati yang tidak berguna dan boleh membahayakan tubuh untuk dikeluarkan.
Sel-sel mati ini banyak dihasilkan oleh sel kanser dan sel berbentuk kuman (virus atau bakteria) penyebab penyakit. Protein ‘autophagisom’ tersebut menghancurkan dan memakan sel-sel berbahaya tersebut, lalu mengeluarkannya.
Sebagai kesimpulan dari riset ini, doktor Yoshinori Ohsumi menyarankan agar seseorang boleh menjalani praktik melaparkan diri (PUASA) dua atau tiga kali dalam seminggu. Penelitian ini telah memenangkan penghargaan ‘NOBEL KEDOKTORAN kepada dokter Yoshinori Ohsumi atas riset yang ia namakan ‘AUTOPHAGI.’
CARA MENDAPATKAN FASA AUTOPHAGY DENGAN 4 KAEDAH:
- Puasa atau Intermittent Fasting
- Makan lemak sihat
- Tidur yang cukup
- Senaman
Kita juga sangat disarankan berpuasa Isnin dan Khamis dan berpuasa 30 hari di bulan Ramadan secara tidak langsung sudah mencapai fasa Autophagy ini.
Maksudnya konsep Autophagy sesungguhnya sudah di sarankan oleh Rasulullah S.A.W sejak 15 abad yang lalu.
Situasi lain, apabila Allah bagi kita sakit secara automatik Allah tarik nikmat makan. Maka kita kurang makan benda-benda yang tak elok malah kita akan cuba usaha makan makanan yang bagus dan bernutrisi sebagai ikhtiar cepat sihat. Beginilah cara Allah nak bantu kita reset sel kita di tahap selular tanpa kita sedar.
KESAN BURUK INTERMITTENT FASTING
1.Rasa terlalu lapar
Selepas beberapa hari dan minggu IF, terasa sangat lapar silap-silap cepat beremosi tetapi lama-kelamaan badan kita boleh menerima. Bagaimana kita tak akan fikir soal makanan? Bau makanan pun boleh membuatkan asid perut merembes, perut berbunyi dan nafas berbau.
Solusi: Sibukkan diri. Lakukan IF sewaktu hari bekerja atau rancang aktiviti tertentu sehingga masuk waktu ‘eating window’.
2.Terlebih Makan
Kebiasaannya selepas berbuka atau sewaktu ‘eating window’, ramai yang mudah nak makan banyak. Secara logiknya, selepas 16 jam IF untuk beberapa hari mesti akan rasa mengidam macam-macam. Ini kes biasa, saya sendiri pun ada rasa macam itu. Seolah-olah nak lepas geram. Rugilah kalau kita ikutkan rasa nafsu lapar. Habis manfaat IF sehingga rasa keletihan dan rasa nak berhenti terus.
Solusi: Plan menu IF dengan salad atau ulaman dan protein. Makan perlahan-lahan dalam saiz pinggan yang kecil.
3.Sakit Kepala
Sesetengah orang rasa sakit kepala sewaktu IF, terasa berdenyut di bahagian ‘frontal brain’. Penyebab boleh jadi pelbagai tetapi kebiasaannya kerana dehidrasi. Jika kita mengambil kafein sewaktu IF walaupun dibenarkan dengan alasan untuk mendorong Ketosis, I ianya tetap bersifat diuretik dan mudah hilang air dalam badan.
Solusi: Sebanyak mana kafein yang diambil maka sebanyak itu juga air kosong perlu diminum.
4.Kekurangan Nutrisi Dan Mineral
Kebiasaan Intermittent Fasting mengosongkan perut antara 16 sehingga 18 jam, malah sehingga 72 jam untuk mencapai Autophagy. Jika tidak merancang plan pemakanan dengan baik, tubuh boleh mengalami masalah kekurangan nutrisi dan mineral.
Kekurangan nutrisi dan mineral boleh menyebabkan pelbagai simptom kesihatan. Antaranya keguguran rambut, gangguan emosi, tekanan darah rendah, kekejangan otot, pencernaan tidak lancar.
5.Kemerosotan Collagen Type 1
Kemerosotan Collagen Type 1 akan berlaku jika tempoh Intermittent Fasting dilakukan untuk tempoh masa yang panjang sehingga mengaktifkan Autophagy. Amat jarang pakar menerangkan kesan Autophagy kepada tubuh badan.
Lebih 30 peratus daripada protin dalam badan manusia terdiri daripada kolagen. Antara masalah kesihatan akibat kekurangan Collagen Type 1 ialah:
-Kulit kekeringan dan mula berkedut, keguguran rambut, kerapuhan kuku, dan sakit sendi.
-Kajian menunjukkan bahawa kekurangan Collagen Type 1 boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.
Sebenarnya tidak salah jika ingin mengamalkan Intermittent Fasting. Walau apapun mazhab diet samada ingin menguruskan badan atau ‘Reverse’ penyakit wajib belajar, fahami, mantapkan ilmu yang betul supaya kita tidak tersasar dari matlamat asal malahan tidak memudaratkan kesihatan.
#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
Nik Siti Mardhiah
Shaklee Distributor
SMS / Call / Whatsapp:
010-4091015
Email:
mardhiah.rahman.biz@gmail.com
Shaklee ID:
887698
Leave A Comment