Sejak wabak C-19 melanda fenomena pencarian bisnes di atas talian (online) semakin meningkat. Macam-macam ragam mengikut golongan dalam misi pencarian bisnes yang tepat samada yang ingin cuba-cuba atau untuk bina karier sebagai usahawan secara serius.

Ada yang mencari bisnes secara ‘part time’ kerana bosan telalu lama ‘stay at home’.

Ada yang mencari bisnes sepenuh masa.

Pelajar cuba cari pendapatan sampingan lalu lama menunggu pengajian di buka semula.

Suri rumah yang dulunya skeptikal dengan bisnes online mula senarai bisnes yang nak dipilih.

Perlu kita tahu pelbagai macam bisnes online di Malaysia samada ikut trend, ikut musim, atau bisnes online yang boleh bertahan untuk jangka panjang sehingga boleh dijadikan ‘Lifetime Career’.

Tinggal lagi bagaimana kita menilai bisnes online yang tepat tanpa hasil yang sis-sia samada sepenuh masa atau separuh masa. Namun, serius saya katakan masih ada Bisnes Online Terbaik Di Malaysia. Di bawah saya senaraikan 3 kriteria utama bagaimana memilih bisnes online.

3 Kriteria Utama Memilih Bisnes Online Terbaik

1. Rendah Risiko Atau Hampir Tiada Risiko

Dulu selepas ‘graduate’ saya pernah’training’ di bawah pembiayaan PUNB dan menempatkan saya di sebuah kedai runcit atau mini market. Masa itu saya betul-betul nak tau bagaimana sistem dan perjalanan bisnes di premis. Banyak sangat pengalaman dan pengajaran yang saya ambil selama 6 bulan latihan untuk lebih 12 jam sehari. Penat? Fuh sangat meletihkan. Begitulah jika bisnes sendiri kita lah bos kitalah kuli. Buka sebuah mini market bukan calang-calang’loan’. Saya tahu pinjamannya ratusan ribu.

Saya perhatikan bos saya sangat komited dengan bisnes dia. Bertungkus-lumus dan struggle siang dan malam. Apa yang dia tahu bisnes dia mesti bertahan untuk dia wariskan kepada anak-anaknya satu hari nanti. Loan wajib di bayar setiap bulan. Bercuti hampir tiada. Musim raya pula cuti sehari, hari kedua wajib buka dan ‘hustle’ untuk dapatkan semula pendapatan yang tiada untuk hari semula.

Selepas 6 bulan saya renung semula ini ke jenis bisnes yang saya nak usahakan sehingga akhir hayat saya? Sedangkan saya juga ada misi penting untuk keluarga dan anak-anak. Saya nak ada masa dan tentunya ‘zero’ loan dan tidak menyusahkan diri. Bagaimana jika ada urusan penting yang perlu meninggalkan kedai?

Ya. Bisnes perlukan pengorbanan. Apa salah jika memulakan bisnes dengan apa yang kita ada dan meletakkan risiko yang rendah. Ada yang berjaya dengan bisnes yang loannya puluhan dan ratusan ribu malah berjaya.

Jika gagal maka hangus modal yang sangat besar itu. Bukankah menambahkan lagi beban kepada diri sendiri? Saya suka bisnes yang rendah risiko tetapi pulangan dan keuntungan yang besar. Jika yuran permulaan serendah bawah RM40 pulangan berkali ganda malah jika konsisten mampu jana sehingga akhir hayat. Mengapa tidak?

2. Pendapatan Pasif

Banyak bisnes online di luar sana tak mampu menyediakan pendapatan pasif. Apa maksud pendapatan pasif? ‘Passive Income’ kerjanya sekali tetapi pulangannya berkali-kali. Pelik bunyinya. Bukan bermakna kita duduk goyang kaki duit jatuh dari langit. itu skim cepat kaya.

Elakkan skim cepat kaya. Maksud saya di sini kita buat marketing yang betul, dapatkan’leads’ , close sale dan customer kita akan datang setiap bulan sampai bertahan-tahun.

Pendapatan pasif ini datangnya dari produk yang tidak bermusim. Syaratnya produk mestilah bagus dan berkualiti dan boleh dihabiskan dalam sebulan hingga sebulan setengah sahaja. Malah permintaannya sepanjang tahun iaitu 365 hari malah relevan setiap tahun. Manusia sangat perlukannya nak atau tak nak.

Maka, pasaran Malaysia sangat berpotensi dan berkembang. Rugi, jika tak rebut peluang terbaik ni.

3. Sistem Lengkap Dari Syarikat Dan Kumpulan Bisnes

Apa-apa bisnes memerlukan sistem. Apatah lagi bisnes online bersifat pendapatan pasif. Sukar untuk dapatkan pendapatan pasif tanpa sistem yang berkesan. Sistem yang berkesan mestilah sistem yang boleh di duplikasi. Selain itu, bisnes online lebih cepat berkembang kerana sistem telah di sediakan tanpa perlu ‘try and error’.

’Try and error’ bermakna kita akan mengeluarkan modal berkali-kali demi’menghidupkan’ bisnes. Suka saya ingatkan kebanyakan yang memilih bisnes online adalah dari rakyat marhaen yang baru ingin memulakan bisnes, hampir tiada modal besar seperti saya.

Maka, bisnes online yang sudah tersedia sistem yang lengkap pada saya sudah sangat terbaik kerana kita hanya fikir pecut untuk mengembangkan bisnes.

#NextLevelBlogging       #ShakleeTriumph2023       #ShakleeThrive2023       #BisnesOnlineTerbaikDiMalaysia